Posts

Showing posts from November, 2019

Socrative

Image
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.  Bertemu lagi kita disini dalam perkongsian ilmu yang amat berguna bagi kita sebagai pendidik dalam mendidik anak-anak PAK-21 ini.  Hari ini saya akan membuat perkongsian mengenai satu lagi alat teknologi yang boleh diguna pakai oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda. Socrative ialah salah satu aplikasi yang mudah dan cepat dalam proses pentaksiran terhadap pelajar kita selepas habis sesuatu tajuk.  Cara  penggunaan socrative ialah, guru perlu akses ke laman Socrative, teacher log in . Guru perlu mencipta akaun sendiri dahulu dengan klik pautan pada clik account. Dalam aplikasi socrative, guru boleh memilih FREE atau PRO. Jika guru klik pada PRO, bayaran akan dikenakan. Tapi jika guru klik pada FREE, ia adalah percuma dalam menggunakan aplikasi tersebut. Setelah guru berjaya masuk ke dalam akaun tersebut, ia akan dipaparkan seperti ini. Bahagian yang telah di...

Kahoot!

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 😊 Semoga sahabat-sahabat sihat walafiat dan dalam rahmat Allah SWT. Semoga Allah Ya Ghaffur mengampunkan dosa-dosa kita samada dosa silam dan dosa yang akan datang. Kita bersua kembali kali ini dalam episod penggunaan teknologi dalam pendidikan. Hari ini saya akan membincangkan tentang penggunaan aplikasi Kahoot. Penggunaan aplikasi Kahoot adalah sedikit berbeza dengan penggunaan aplikasi Quizizz.  Kahoot adalah salah satu aplikasi online percuma yang sangat interaktif dan menarik untuk membuat dan menjawab kuiz. Kahoot boleh digunakan sebagai pentaksiran selepas proses pengajaran dan pembelajaran selesai.  Cara penggunaan Kahoot sama juga seperti Quizizz. Guru perlu ke laman web Kahoot  untuk mencipta akaun terlebih dahulu. Klik 'sign up' untuk kali pertama mendaftar. Apabila guru telah mendaftar dalam akaun tersebut, guru boleh mencipta soalan yang dikehendaki. Guru boleh menggunakan segala tools yang tela...

Quizizz

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongsi mengenai salah satu cara pembelajaran abad ke-21 yang menggunakan media interaktif secara berkesan dalam sesi pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator boleh dimaksimumkan dengan memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid melalui penggunaan   kuiz interaktif secara  Online .  Setiap kali pengajaran dan pembelajaran kita dalam kelas, semestinya kita nak menguji sejauh mana kefahaman anak murid kita dengan apa yang telah kita sampaikan. Contohnya, selalu kita buat latihan dari dalam buku teks, dalam buku aktiviti dan kuiz secara rawak. Dengan cara berikut, kita boleh faham samada anak murid kita faham atau tidak dengan apa yang kita sampaikan. Tetapi, itu adalah cara yang kebiasaan digunakan oleh guru-guru kita pada zaman 90-an lagi. Agak bosan bagi pelajar zaman kita sekarang. Bukan apa, diorang ni lagi advance dari kita. Jadi, untuk menjaga kehormatan diri kita sebagai guru, (cewah...