Quizizz
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan berkongsi mengenai salah satu cara pembelajaran abad ke-21 yang menggunakan media interaktif secara berkesan dalam sesi pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator boleh dimaksimumkan dengan memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid melalui penggunaan kuiz interaktif secara Online.
Setiap kali pengajaran dan pembelajaran kita dalam kelas, semestinya kita nak menguji sejauh mana kefahaman anak murid kita dengan apa yang telah kita sampaikan. Contohnya, selalu kita buat latihan dari dalam buku teks, dalam buku aktiviti dan kuiz secara rawak. Dengan cara berikut, kita boleh faham samada anak murid kita faham atau tidak dengan apa yang kita sampaikan. Tetapi, itu adalah cara yang kebiasaan digunakan oleh guru-guru kita pada zaman 90-an lagi. Agak bosan bagi pelajar zaman kita sekarang. Bukan apa, diorang ni lagi advance dari kita.
Jadi, untuk menjaga kehormatan diri kita sebagai guru, (cewahh😁) kita kenalah lagi advance dari anak murid kita. Untuk menguji sejauh mana kefahaman terhadap murid-murid kita, kita boleh guna Quizizz. Saya menggunakan Quizizz dalam pembelajaran saya setelah habis belajar setiap satu topik.
Di sini saya akan berkongsi cara penggunaan Quizizz.
Mula-mula guru perlu mendaftar dalam Quizizz. Apabila guru sudah mendaftar dalam Quizizz, guru perlu membuat soalan yang dikehendaki berdasarkan topik yang sudah dipelajari. Guru juga boleh mengakses soalan yang telah sedia ada pada akses carian. Bagi soalan yang telah dibuat, soalan tersebut boleh ditetapkan masa untuk menjawab. Kemudian guru boleh klik pada live game soalan tersebut dan kod pin akan keluar untuk pelajar masukkan dalam komputer masing-masing.
Murid-murid boleh access laman web Quizizz dengan memasukkan permainan kod pin disini.
Setelah murid join dalam permainan Quizizz tersebut, masa akan dipaparkan dalam 5 saat sebelum quizizz bermula. Murid perlu menjawab soalan tersebut dalam masa yang diberikan. Berikut adalah contoh soalan yang telah saya laksananakan pada murid-murid kelas saya.
Guru bertindak sebagai hos dalam mengendalikan permainan tersebut. Guru juga boleh memberhentikan permainan tersebut jika terdapat sebarang kesilapan. Di sini saya sertakan video pendek pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas matematik tahun 4.
Kebaikan penggunaan quizizz ini ialah dapat menjimatkan masa dalam tempoh waktu mengajar. Quizizz juga dapat menarik minat pelajar dengan corak dan warnanya yang berwarna warni serta muziknya sekali. Permainan quizizz mampu menarik minat pelajar dalam menjawab soalan tersebut dan bersaing sesama sendiri. Murid juga sangat bersemangat dalam menjawab soalan dan markah yang tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang. Hal ini sedikit sebanyak mampu membakar semangat pelajar untuk terus fokus dalam pemebelajaran mereka di dalam kelas kemudian.
Quizizz juga menyediakan laporan selepas tamat permainan Guru boleh merujuk laporan yang telah disediakan. Dengan laporan tersebut, guru boleh mengenalpasti soalan yang paling maksimum murid menjawab salah dan mengenalpasti prestasi murid. Guru juga boleh meningkatkan tumpuan terhadap tajuk-tajuk yang sukar dicapai oleh murid berdasarkan pentaksiran tersebut.
Penggunaan quizizz ini tidak hanya tertumpu pada sekolah rendah dan menengah sahaja tapi boleh digunakan oleh semua peringkat pengajian.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi guru-guru sedikit sebanyak ilmu tentang penggunaan aplikasi quizizz ini. Semoga bermanfaat, sekian terima kasih. 😎


Pengisian yang sangat menarik. Lepas ni boleh la saya gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelas saya. Terima kasih banyak atas info ni.
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bermanfaat utk kita semua
ReplyDeletememudahkan dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif..
ReplyDelete