Kahoot!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 😊
Semoga sahabat-sahabat sihat walafiat dan dalam rahmat Allah SWT. Semoga Allah Ya Ghaffur mengampunkan dosa-dosa kita samada dosa silam dan dosa yang akan datang.
Kita bersua kembali kali ini dalam episod penggunaan teknologi dalam pendidikan. Hari ini saya akan membincangkan tentang penggunaan aplikasi Kahoot. Penggunaan aplikasi Kahoot adalah sedikit berbeza dengan penggunaan aplikasi Quizizz.
Kahoot adalah salah satu aplikasi online percuma yang sangat interaktif dan menarik untuk membuat dan menjawab kuiz. Kahoot boleh digunakan sebagai pentaksiran selepas proses pengajaran dan pembelajaran selesai.
Cara penggunaan Kahoot sama juga seperti Quizizz. Guru perlu ke laman web Kahoot untuk mencipta akaun terlebih dahulu. Klik 'sign up' untuk kali pertama mendaftar. Apabila guru telah mendaftar dalam akaun tersebut, guru boleh mencipta soalan yang dikehendaki. Guru boleh menggunakan segala tools yang telah disediakan untuk menjadikan lebih kreatif dan menarik untuk dijawab.
Guru boleh memuatnaik soalan sebanyak yang mahu. Apabila soalan sudah siap, guru boleh meminta pelajar akses ke laman web Kahoot join a game. Pelajar perlu memasukkan game pin dalam laman web tersebut.
Setelah pelajar memasukkan game pin tersebut, permainan akan dimulakan yang diketuai oleh guru. Guru akan menekan butang 'start' kemudian soalan akan keluar pada komputer pelajar masing-masing.
Berikut adalah contoh soalan matematik tahun 4 yang telah saya laksanakan selepas tamat proses pengajaran. Pelajar akan menjawab soalan tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru mengikut masa setiap soalan. Akhir sekali, Kahoot akan menunjukkan laporan soalan yang telah dijawab, berapa bilangan pelajar yang menjawab betul dan salah. Guru boleh mengulang kaji semula soalan yang sukar dijawab oleh pelajar. Guru juga boleh memberi penekanan dan tumpuan yang lebih terhadap pelajar yang mempunyai masalah dalam menjawab soalan dalam topik tersebut.
Di sini saya sertakan sekali video pendek dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas. Dari sini kita boleh lihat pelajar amat tertarik dan bersungguh-sungguh dalam menjawab soalan. Penggunaan teknologi dalam kelas juga amat memberi galakan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam belajar dan menjadikan proses pembelajaran itu lebih menarik.
Setelah pelajar selesai menjawab soalan yang disediakan, scoreboard akan menunjukkan 5 markah yang tertinggi berdasarkan pelajar yang telah menjawab soalan tersebut. Top scorer akan dipaparkan bersama jumlah markah dan bilangan soalan yang betul dan salah. Segala soalan yang telah dijawab akan disimpan di akaun Kahoot guru.
Aplikasi Kahoot amat mudah digunakan. Segala soalan yang telah dibuat boleh disimpan disini tanpa perlu disimpan di dalam pendrive lagi. Aplikasi ini amat memudahkan tugas saya sebagai guru. Oleh itu, saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh oembaca disini. Sampai sini saja coretan saya, moga ketemu lagi 😊. Assalamualaikum.

Kahoot salah satu alternatif untuk menarik minat pelajar
ReplyDeleteBetul. Pelajar sgt tertarik dgn colourful. Jadi sgt motivated them to answer 😊
ReplyDeleteselalu digunakan oleh lecturer lecturer di universiti...boleh dijadikan sesuatu yang lebih norma di peringkat sekolah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. In shaa Allah saya akan guna untuk menarik minat anak2 supaya mereka lebih teruja untuk belajar ilmu baru. Terima kasih banyak
ReplyDelete