Socrative
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.
Bertemu lagi kita disini dalam perkongsian ilmu yang amat berguna bagi kita sebagai pendidik dalam mendidik anak-anak PAK-21 ini.
Hari ini saya akan membuat perkongsian mengenai satu lagi alat teknologi yang boleh diguna pakai oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda. Socrative ialah salah satu aplikasi yang mudah dan cepat dalam proses pentaksiran terhadap pelajar kita selepas habis sesuatu tajuk.
Cara penggunaan socrative ialah, guru perlu akses ke laman Socrative, teacher log in. Guru perlu mencipta akaun sendiri dahulu dengan klik pautan pada clik account. Dalam aplikasi socrative, guru boleh memilih FREE atau PRO. Jika guru klik pada PRO, bayaran akan dikenakan. Tapi jika guru klik pada FREE, ia adalah percuma dalam menggunakan aplikasi tersebut. Setelah guru berjaya masuk ke dalam akaun tersebut, ia akan dipaparkan seperti ini.
Bahagian yang telah dibulatkan dengan bulatan merah adalah kod yang akan diberikan kepada pelajar yang akan menjawab soalan daripada soalan yang telah guru cipta. Guru yang ingin membina soalan sendiri akan klik pada pautan QUIZZES dan CREATE QUIZ. Guru boleh menentukan samada soalan yang ingin dibina tersebut multiple choice, true/false atau short answer. Guru boleh membina soalan yang diingini mengikut kreativiti tersendiri.
Apabila soalan selesai dibina, pelajar boleh mengakses di laman socrtaive student log in. Pada laman web tersebut, ia akan memaparkan 'room name'. Pelajar perlu memasukkan 'room name' berdasarkan 'room name' yang telah diciptakan oleh guru masing-masing.
Setelah pelajar memasukkan 'room name', pelajar perlu klik pada 'join'. Kemudian pelajar perlu memasukkan nama masing-masing. Kemudian soalan akan dipaparkan dan pelajar perlu menjawab soalan tersebut. Dalam aplikasi socrative, tiada masa yang diperuntukkan dalam menjawab soalan tersebut. Markah dan soalan yang belum dan habis dijawab akan dipaparkan pada 'screen' guru. Dari situ, guru boleh membuat pantauan pelajar yang belum habis menjawab atau boleh mengenalpasti kelemahan pelajar tersebut dalam menjawab soalan.
Disini saya sertakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi socrative dalam kelas matematik tahun 4.
Setelah habis dijawab, peratus markah akan dipaparkan pada komputer masing-masing. Dari penggunaan aplikasi socrative ini, pelajar dapat mengenalpasti kelemahan masing-masing dan perlu ditingkatkan lagi.
Dari pengamatan saya, penggunaan aplikasi ini amat penting dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan aplikasi ini amat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran dan dapat menyuntik semangat para pelajar untuk lebih berusaha.
Semoga perkongsian saya kali ini akan berguna buat pengunjung blog saya ini. Hingga bertemu lagi di lain masa, insya Allah.
Assalamualaikum..😊



Alhamdulillah. Semoga bermanfaat utk kita smua
ReplyDeleteApps seperti ini dapat menarik minat pelajar...salah satu contoh teknik 21st Century Learning..Terbaik
ReplyDelete